Sendayu Tinggi(produk kecantikan)
Sendayu Tinggi yang diasaskan oleh Pn.Rozita Ibrahim yang menganggap kecantikan luaran sahaja tidak mencukupi dan tidak menjamin kepuasan mutlak tetapi sebaliknya kecantikan dalaman akan melahirkan kecantikan luaran yang lebih sempurna.
Pn. Rozita ingin mendorong perempuan mendekati perubatan ramuan yang dibawa 1001 jenis properti yang telah digunakan sejak berkurun.
Diawali dengan diri sebagai ujikaji sehingga menubuhkan syarikat pada tahun 1997 dan memiliki luas sekitar 1999.
Kosmetik Sendayu Tinggi dikaji secara terperinci untuk memproduksi kosmetik yang benar-benar memenuhi citarasa dan kesesuaian kulit perempuan di Malaysia.
Nama Lengkap : Rozita Bte Ibrahim
Tempat lahir : Sungai Besar, Selangor
Role Model : Honda Boon Siew
Pekerjaan Bapa : Guru Sekolah Agama
Pekerjaan ibu : Surirumah
Bilangan Anak : 5 Orang
Adik-Beradik : Anak Sulung dari 6 beradik
Rozita Ibrahim adalah contoh klasik dari kehidupan miskin dan kesulitan untuk kesulitan, namun akhirnya mencapai kejayaan cemerlang menerusi Sendayu tinggi, syarikat yang diasaskannya sendiri. Yang diduga, satu ibu dan juga penoreh getah dapat merubah hidupnya dan membangun imperium pantas berjuta juta Ringgit dan memberikan kesempatan untuk bekerja dan perdagangan kepada orang lain.
Rozita untuk dirinya sendiri, tidak mudah untuk mencapai tahap sekarang dinikmatinya. Bay bay banyak hidup dan kehidupan saya terpaksa diharunginya sebelum menempah dengan kemuliaan Sendayu Tinggi. Mentah di usia 18 tahun, dia juga terpaksa berkahwin dan menempuhi perceraian dan anak yang sama dalam membesarkan anak-anak. Lebih seram lagi, salah satu anak-anak mereka jatuh sakit dan mati tanpa mendapat perawatan sewajarnya.
Pada saat kesukarannya, berbagai bidang pekerjaan diceburinya untuk menyara diri dan keluarga mereka, tetapi hasilnya tidak seberapa. Akhirnya, dalam keadaan terdesak, dia menghabiskan beberapa ratus Ringgit akan dimulai perumusan kesihatan berasaskan herba. Untuk menguji keberkesanan produk, ia mampu menambah beban mereka sendiri dan mencoba produk ciptaannya yang bernama Sendayu Tinggi.
Sekarang, semua adalah sejarah. Pada hari ini, produk yang ada di antara produk-produk High Sendayu sering menjadi fokus masyarakat di Malaysia. Bahkan, menghasilkan hasilan Sendayu tinggi kini memiliki tempat di pasar, termasuk di luar Brunei, Singapura, dan banyak lagi. Pada tahun 2005 hanya terdapat 2.000 pengedar lebih sah. Beberapa pengedar Sendayu tinggi sekitar Kuala Lumpur juga mengatakan mencatat penjualan sampai mencecah RM1 juta sebulan.
Rozita mengakui bahwa hidup adalah dinikmatinya sekarang adalah hasil dari ketabahannya menghadapi segala rintangan dan keperitan hidup selama ini.
Puan Rozita adalah simbol usahawan berjaya
Daripada seorang penoreh getah, kini beliau telah berjaya dan berkembang maju hingga mampu mendirikan sebuah empayar perniagaan yang besar. Sematan pepatah "Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat" meninggalkan kesan yang amat mendalam di jiwanya. Menurut wanita ini, dunia beliau pada hari ini memberikan satu kepuasan. Apa yang dikecapi hari ini membezakan peribadi beliau dahulu dan sekarang. Jika dahulu beliau hanya mampu menangis dan berdoa, sifat semulajadi wanita, tetapi kini ikhtiar,ikhtikad diri dan mengidamkan hadiah buat diri sendiri mengubah persepsi diri bahawa wanita perlu bangun dan bebaskan diri dari belengu. Inilah yang cuba Rozita sampaikan kepada wanita lain dan tidak salah jika kita mempunyai semangat kental yang sama seperti beliau.
Sebelum bergelar usahawan, Rozita Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Ita, terpaksa menempuh pelbagai onak dan duri. Beliau yang kini hampir mencecah umur 40 tahun telah berpisah dengan suami dan alami perkahwinan dan penceraian yang menyakitkan. Beliau menamatkan zaman gadis dalam usia terlalu muda dengan lelaki pilihan keluarga.
Sebelum bergelar usahawan, Rozita Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Ita, terpaksa menempuh pelbagai onak dan duri. Beliau yang kini hampir mencecah umur 40 tahun telah berpisah dengan suami dan alami perkahwinan dan penceraian yang menyakitkan. Beliau menamatkan zaman gadis dalam usia terlalu muda dengan lelaki pilihan keluarga.
Dalam usia itu, Rozita tidak berpeluang memikirkan tentang kerjaya. Hidupnya banyak dihabiskan untuk keluarga di samping membantu suami dengan menoreh, membekalkan makanan dan membuat kontrak perladangan pada pendatang asing serta menjalankan perniagaan kedai runcit di Felda Kechau 1, sempadan Gua Musang. Tragedi buruk berlaku ketika menyara anak yang berumur 3 bulan bilamana terpaksa menggantikan susu dengan air sirap kepada bayinya. Anak kedua pernah sakit dan lumpuh serta terpaksa menggunakan tumbuhan hutan untuk mengubatinya. Sayangnya arwah anak saya tidak berpeluang merasai kesenangan. Dia pergi kerana tidak mendapat rawatan terbaik.
Keputusan berpisah dengan suami pertama menyebabkan dia dipulaukan oleh keluarga. Justeru itu, dia membawa diri ke kota dan mencuba pelbagai jenis pekerjaan untuk menampung empat orang anaknya. Operator pengeluaran, penyambut tetamu, eksekutif promosi dan pemasaran dan pekerja di syarikat jualan langsung pernah dijawatnya. Apa yang pasti, wanita tabah ini sentiasa belajar untuk membina diri sebagai wanita kental. Baginya, keperitan dan penderitaan hidup adalah "buah tangan" termahal dijadikan landasan untuk terus melangkah. Barang kemas yang sedikit sebanyak terpaksa digadaikan sebagai modal. Akhirnya bermodalkan RM400, dia memulakan perniagaan dalam menghasilkan formulasi herba. Beliau sanggup menjalankan ujikaji dengan menggemukkan badannya sendiri sebanyak 3 kali dan akhirnya berjaya menurunkan semula.
Jika diajak berbicara mengenai ibu tunggal, pada mulanya saya tidak yakin dengan status ini namun anak-anak menjadi iltizam hidup saya untuk terus berdiri. Saya bangun dan berjanji menjadi ibu dan bapa yang baik buat anak-anak saya. Oleh kerana dahulu saya kekurangan limpahan kasih sayang namun saya belajar dari pengalaman dan kasih sayang menjadi kunci kebahagiaan saya dan empat orang anak saya sekarang. Kejayaan saya kini berdasarkan kepada kekuatan prinsip dan sentiasa mahu memperbaiki diri.....itulah visi hidup saya. Tanpa visi dan prinsip, maka tiada apa yang boleh dimegahkan dalam peribadi diri.
Setelah 5 tahun mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan, Rozita yang mengkagumi tokoh Lim Goh Tong dan Boon Siew Honda akhirnya memahat nama sebagai seorang saudagar produk kecantikan atas nama yang kian popular, Sendayu Tinggi. Apa yang membanggakan, Sendayu Tinggi yang dahulunya Sendayu Tinggi Corporation sudah pun mempunyai 9 anak syarikat di bawahnya. Jumlah pengedar beliau lebih dari 2000 orang termasuk di Brunei dan Sigapura. Bukan setakat perniagaan menjual herba semata namun wanita ini lebih suka mendekatkan diri dengan masyarakat dengan berkongsi pelbagai petua kecantikan , pantang larang, kebahahgiaan rumahtangga serta membina keyakinan diri untuk wanita. Puteri sulungnya juga turut mempunyai syarikat sendiri dalam bidang tekstil. Apabila disentuh dengan matlamat dalam perniagaan,
Rozita menjelaskan: Dunia perniagaan seperti dalam pertempuran. Kemenangan adalah matlamat. Azam sentiasa digenggam. Dalam konteks perniagaan, pasti ada keuntungan pun begitu, saya ingin memberikan kualiti yang terbaik kepada pengguna. Apa yang saya perolehi, saya salurkan kepada masyarakat terutama golongan susah, ibu tunggal, orang tua, dan anak yatim. Bagi saya itulah nilai sebuah kasih sayang yang tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit. Saya sayangkan masyarakat dan saya juga ingin disayangi oleh masyarakat. Harapan utama ialah saya mahu mewarnai masyarakat, wanita dan ibu tunggal khususnya dari pelbagai aspek.
KAREKTOR
Sejak kecil tidak pandai duduk diam.
Dalam erti kata lain agresif
Suka berfikir dan mencari
idea-idea yang mencabar
Suka buat kejutan dan membuktikan
bahawa, Jika orang lain tak boleh, saya boleh.
Tiada apa yang tidak menjadi
sekiranya tidak mencuba
Antara syarikat yang ditubuhkan oleh pengasas produk sendayu tinggi ini :
SENDAYU TINGGI HOLDINGS SDN. BHD.
Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd. mempunyai 9 buah anak syarikat iaitu Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd, Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd, Sendayu Tinggi Properties & Management Sdn Bhd, ST Advertising Agency Sdn. Bhd, C Max Exhibition & Promotion, Sendayu Tinggi Logistics (M) Sdn Bhd, Ethnique Food Industries Sdn Bhd, ST Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd. Sendayu Tinggi juga telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional iaitu Sendayu Tinggi Manufacturing (M) Sdn. Bhd.
SENDAYU TINGGI CORPORATION (M) SDN. BHD.
Telah beroperasi pada awal tahun 1999. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja mempunyai kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
SENDAYU TINGGI BODY & SKINCARE (M) SDN. BHD.
Mula beroperasi pada pertengahan tahun 1999 dan mengekalkan konsep yang sama iaitu produk berasaskan herba. Syarikat ini ditubuhkan kerana perkembangan yang memberangsangkan pada produk keluaran yang lalu dan permintaan yang tinggi ke atas produk kosmetik ini. Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn Bhd masih boleh memonopoli pasaran kosmetik kerana kepercayaan pengguna terhadap kualiti dan keberkesanan produk Sendayu Tinggi.
ST COSMETICS & FRAGRANCES (M) SDN. BHD.
Hasil revolusi daripada Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn Bhd, Sendayu Tinggi menubuhkan sebuah lagi anak syarikat yang menumpukan kepada bidang tatarias wanita iaitu ST Cosmetics & Fragrances (M) Sdn Bhd mula bernaung di bawah Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd sejak September 2003 yang lepas.
ST ADVERTISING AGENCY SDN. BHD.
ST ADVERTISING AGENCY SDN. BHD. beroperasi pada pertengahan tahun 2003. Ia dilihat sebagai sebuah perniagaan yang mempunyai potensi di dalam membantu mempromosikan Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. Syarikat ini ditubuhkan adalah untuk membantu memperkenalkan produk keluaran Sendayu Tinggi di seluruh Malaysia malahan turut memperluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa.
C MAX EXHIBITION & PROMOTION
C Max Exhibition & Promotion ialah satu anak syarikat yang bernaung di bawah Syarikat Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd. Ia memberi tumpuan kepada program-program yang berbentuk penglibatan produk seperti pameran, roadshow, promosi atau rancangan television.
ETHNIQUE FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.
Ethnique Food Industries Sdn Bhd menghasilkan produk makanan tradisional tempatan dari suku kaum tertentu yang berbentuk segera dan telah dipekkan. Antara produk makanan yang telah dijual seperti ikan pekasam, telur asin, bahulu, kuih bangkit dan serunding. Produk ini telah dipasarkan di pasaran tempatan dan juga di peringkat antarabangsa.
SENDAYU TINGGI PROPERTIES & MANAGEMENT SDN. BHD.
Sendayu Tinggi Properties & Management Sdn Bhd ditubuhkan pada 30hb Jun 2003. Ia menguruskan perkara berkaitan dengan segala aset syarikat seperti bangunan, rumah kedai dan lain-lain lagi.
SENDAYU TINGGI LOGISTIC (M) SDN. BHD
Sendayu Tinggi Logistic (M) Sdn. Bhd. juga merupakan salah satu anak syarikat Sendayu Tinggi Holdings (M) Sdn. Bhd yang telah ditubuhkan pada tahun 2003. Tujuan penubuhan anak syarikat ini ialah untuk memudahkan proses pengangkutan barang-barang Sendayu Tinggi dan penghantaran produk serta bahan mentah ke tempat-tempat yang diperlukan.
SENDAYU TINGGI MANUFACTURING (M) SDN. BHD.
Sendayu Tinggi Manufacturing (M) Sdn. Bhd. juga dikenali sebagai Zeeta Herb’s Manufacturing (M) Sdn. Bhd. Ia merupakan pengilang produk herba milik Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. Kilang pemprosesan herba ini telah memperolehi lesen pengilang bertaraf GMP daripada Bahagian Amalan Perkilangan Baik (APB) daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK).
rujukan :