AMANAH
IKHTIAR MALAYSIA
Pengenalan
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
ialah sebuah badan Amanah Persendirian yang ditubuhkan pada 17 September 1987
melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah
(Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). Penubuhan AIM dianjurkan oleh
Universiti Sains Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM),
Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat Pembangunan Asia Pasifik.
Objektif penubuhan AIM ialah
untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pengeluaran Pembiayaan
Ikhtiar kepada isi rumah miskin di luar bandar untuk membiayai
kegiatan-kegiatan yang menambahkan pendapatan.
Profil Korporat
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah
ditubuhkan pada 17 September 1987 sebagai Badan
Amanah Persendirian Berdaftar. Penubuhan AIM adalah rentetan daripada kejayaan Projek Ikhtiar yang merupakan satu projek penyelidikan bertindak dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia dari tahun 1986 hingga 1987 di Barat Laut Selangor. Penyelidikan bertindak ini yang diketuai oleh Profesor David S. Gibbons dan Profesor Sukor Kasim adalah untuk menguji Pendekatan ini menawarkan skim pembiayaan kredit mikro berpenyeliaan rapi kepada golongan miskin untuk mengusahakan sebarang kegiatan ekonomi berasaskan kemahiran yang dimiliki sebagai usaha menambahkan pendapatan keluarga.
a. Objektif AIM ialah :
·
Mengurangkan kemiskinan di kalangan isi rumah
miskin dan termiskin di Malaysia
dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan.
·
Menyediakan kemudahan kewangan berterusan kepada
usahawan-usahawan Ikhtiar.
·
Menyediakan bimbingan dan latihan berterusan
kepada isi rumah miskin, termiskin
dan usahawan Ikhtiar. Untuk mencapai objektif tersebut, AIM menyediakan produk-produk berikut : · Pembiayaan Modal
·
Simpanan Wajib
·
Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat
b. Visi
Untuk Menjadi Institusi Kewangan Mikro Yang
Diberkati, Dinamik dan Bertaraf Dunia
Bagi Membasmi Kemiskinan serta Meningkatkan Kesejahteraan Ummah.
c. Misi
Menjadi Institusi Kewangan Mikro pada tahun 2009
·
Menjadi institusi yang berdikari pada tahun 2012
dengan mempelbagaikan produk dan
perkhidmatan.
·
Menjadi IKON dalam operasi Kewangan mikro di
peringkat antarabangsa.
·
Membangunkan program yang lebih komprehensif bagi
membantu, membimbing dan
memperkasa golongan miskin terutama bangsa Malayu dan Bumiputera.
·
Mencapai bakikini pembiayaan sebanyak RM5 bilion
pada tahun 2012.
·
Meningkatkan kualiti perkhidmatan dan mewujudkan
budaya kerja cemerlang.
·
Menyediakan kemudahan kewangan dan bimbingan
berterusan kepada sahabat
usahawan. d. Ikrar Kakitangan
Kami diamanahkan membantu keluarga miskin
berikhtiar menambah rezeki melalui
pembiayaan ikhtiar yang dikeluarkan kepada mereka yang sanggup berusaha dan mempunyai projek yang sempurna tanpa mengira bangsa, agama, jantina, dan fahaman politik. Dalam tugas ini, kami tidak dibenarkan menerima sebarangan walaupun segelas air daripada ahli dan bakal ahli. Allah/Tuhan menjadi saksi segala yang kami lafaz dan lakukan. e. Ikrar Sahabat
Adalah menjadi tanggungjawab kami kepada Allah
untuk berikhtiar menambah rezeki,
membantu ahli kumpulan dan pusat apabila mereka di dalam kesesakan, menggunakan keuntungan pembiayaan untuk mengeluarkan keluarga daripada kemiskinan, menggalak anak-anak terus bersekolah dan membayar balik pembiayaan setiap minggu. Allah menjadi saksi segala yang kami lafaz dan lakukan. f. Sejarah AIM
Pendekatan kredit mikro dalam membasmi kemiskinan
diperkenalkan oleh Prof. Muhamad
Yunus di Bangladesh pada tahun 1976 dan sejak itu telah berkembang ke seluruh dunia. Perkembangannya di Malaysia berlaku pada tahun 1986, diusahakan oleh Prof. David Gibbons dan Prof. Madya Sukor Kasim, pada waktu tersebut masih berkhidmat dengan USM. Projek awal untuk menguji kesesuaian pendekatan Bank Grameen ini yang dikenali sebagai Projek Ikhtiar yang dikendalikan oleh USM dan dibiayai oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), Pusat Pembangunan Asia Pasifik (APDC) dan Kerajaan Negeri Selangor.
Projek Ikhtiar, iaitu satu projek penyelidikan
bertindak yang dijalankan oleh Pusat
Penyelidikan Dasar (PPD) USM adalah satu kajian bagi menguji Pendekatan Bank Grameen (PBG) di dalam mengurangkan kemiskinan luar bandar dengan menyerahkan hak kredit mikro kepada golongan miskin. Penyaluran kredit mikro ini adalah bagi membiayai apa sahaja usaha bagi meningkatkan pendapatan serta memperkukuhkan golongan miskin ini dengan pengurusan bersama pihak AIM demi kesinambungan dan kejayaan program.
Hasil usaha gigih Prof Yunus selama ini berbaloi
apabila pada 2hb Oktober 1983, wujudlah
Projek Bank Grameen. Projek ini semakin berkembang dengan pesat sehingga kini wujudlah Bank Grameen dan bukan lagi Projek Bank Grameen.
g. Pendekatan Bank Grameen di Malaysia bermula di
Barat Laut Selangor
Di Malaysia pendekatan Bank Grameen mula dilakukan melalui kajian-kajian di Barat Laut Selangor yang bermula dengan projek perintis selama dua setengah tahun, melibatkan 373 orang isi rumah termiskin yang menerima pinjaman kebajikan pertama mereka. Di akhir projek Ikhtiar sekurang-kurangnya 90 peratus bayaran balik diterima termasuk modal pinjaman dan kos pengurusan. Ini membuktikan program ini telah berjaya.
Di peringkat awal pengenalan projek seramai 232
orang Sahabat lelaki dan 141 orang Sahabat
wanita telah menerima pinjaman mereka. Kepelbagaian projek telah dijalankan oleh Sahabat-Sahabat antaranya kedai runcit, kedai makan, berniaga pasar tani, tanaman sayur, tanaman padi dan ternakan binatang mengikut kemahiran dan pengalaman yang ada pada mereka.
Pada akhir Jun 1988, satu kajian telah dijalankan
ke atas Sahabat-Sahabat ini untuk
mengenalpasti status projek yang dijalankan. Hasil kajian menunjukkan Sahabat-Sahabat wanita ternyata lebih unggul dalam menjalankan projek mereka. Kadar peratusan bayar b alik yang tinggi iaitu 95 peratus berbanding Sahabat lelaki 75 peratus sahaja.
Kajian impak yang dijalankan juga menunjukkan
peningkatan pendapatan lebih ketara pada
Sahabat wanita iaitu tambahan sebanyak RM136 sebulan berbanding Sahabat lelaki hanya RM65 sahaja sebulan. Kejayaan besar yang ditunjukkan oleh Sahabat-Sahabat telah memberi keyakinan kepada jawatankuasa pengasas untuk meneruskan pengembangan projek Ikhtiar ke negeri-negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.
h. Kelebihan AIM Dalam Pendekatan Disiplin Kredit
Mikro
Sehingga kini, dapat dilihat bahawa projek AIM
dalam membantu golongan miskin untuk
meningkatkan taraf hidup mereka adalah sangat berjaya dan sungguh memberangsangkan. Bagi melihat punca kejayaan ini kita haruslah meneliti pendekatan yang digunakan oleh AIM dan juga kelebihan-kelebihan lain yang dimiliki oleh AIM.
Kejayaan AIM adalah kerana konsep yang diamalkan
oleh AIM sendiri iaitu memberikan
pinjaman tanpa cagaran, tanpa penjamin mahupun tindakan undang-undang dalam mendapatkan semula wang pinjaman.
Sikap keterbukaan AIM dalam memberikan pinjaman
ini menyebabkan AIM mudah
menjangkau dan mendapatkan sahabat dalam menyertai AIM dan ini terbukti apabila sehingga pertengahan 2004, seramai 94000 telah menyertai AIM.
Sebagai Badan Amanah Persendirian yang berdaftar,
AIM ditadbirurus oleh Lembaga
Pemegang Amanah yang mana keahliannya terdiri daripada Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPP) Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, wakil dari Kerajaan Negeri Selangor dan juga mereka yang dilantik dalam kapasiti peribadi.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri
daripada pelbagai pihak ini memberikan
jaminan yang segala urusan AIM adalah adil dan tiada penyelewengan memandangkan segala projek AIM diawasi oleh pelbagai pihak dan dengan ini memberikan keyakinan kepada orang ramai dalam menyertai AIM.
Dalam menjalankan projeknya, AIM menempatkan
antara tujuh hingga sembilan Pembantu
Amanah di setiap cawangan dengan bidang tugas mereka mengesan dan mencari isirumah miskin. Mereka melakukan tugas ini dengan mengendalikan ujian kelayakan, menyediakan pelan peningkatan kesejahteraan hidup isirumah dan akhirnya memperkukuhkan ekonomi golongan miskin ini dengan modal Ikhtiar yang diberikan serta pengurusan bersama yang dijalankan. Mesyuarat Pusat yang diwajibkan kepada para Sahabat juga menjadi asas kepada kejayaan AIM, ini adalah kerana dengan mesyuarat mingguan ini AIM dapat menilai, memantau dan membimbing para Sahabat yang akhirnya menjamin kejayaan kepada semua sahabat.
Kejayaan AIM dalam menyalurkan modal kepada
golongan miskin juga adalah kerana
sumbangan yang banyak yang diterima oleh AIM dan ini mengelakkan AIM dari dibelenggu masalah untuk mendapatkan dana modal pusingan. Sokongan Kerajaan Malaysia menyalurkan dana sebagai modal pembiayaan untuk dana AIM. Selain itu, kejayaan AIM juga adalah disebabkan para sahabat sendiri, terutamanya kaum wanita. Ini kerana daripada kajian yang dijalankan didapati golongan wanita miskin ini adalah lebih bertanggungjawab, meningkatkan kesejahteraan keluarga terutamanya terhadap anak-anak mereka dan pandai mengambil peluang yang ada bagi memperbaiki taraf hidup diri sendiri dan keluarga. Golongan wanita miskin ini juga didapati sanggup berkorban untuk masa depan keluarga yang lebih cerah. Dengan motivasi yang tinggi inilah telah mendorong para sahabat ini untuk berusaha dengan gigih di samping mendapat bimbingan daripada AIM dan akhirnya menjamin kejayaan AIM.
Oleh itu secara keseluruhannya dapat dirumuskan
bahawa kejayaan AIM dan berkembangnya
projek AIM adalah kerana objektif AIM itu sendiri dan hal ini dibantu pula dengan sikap keterbukaan AIM kepada para Sahabat dalam melaksanakan programnya. Jumlah jangkauan yang luas serta sikap para sahabat yang bermotivasi untuk mengubah cara hidup mereka juga antara penyumbang kepada perkembangan AIM. i. Logo AIM |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Maksud Logo AIM
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lokaliti
|
Pendapatan Isirumah (RM)
|
Pendapatan Perkapita (RM)
|
Pendapatan Miskin Tegar (RM)
|
Pendapatan Perkapita
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Semenanjung
|
661
|
152
|
398
|
91
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sabah
|
888
|
173
|
503
|
97
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sarawak
|
765
|
167
|
482
|
105
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Syarat-syarat Menjadi Sahabat
·
Isirumah yang berpendapatan kurang dari garis
kemiskinan semasa kerajaan iaitu
RM 661 sebulan (RM 152 perkapita) bagi Semenanjung Malaysia, RM 765 sebulan (RM 167 perkapita) bagi Sarawak dan RM 888 sebulan (RM 173 perkapita) bagi Sabah.
·
Bersedia menubuhkan kumpulan. Terdiri dari lima
orang, sejantina, dipercayai,
bertanggungjawab dan tiada tali persaudaraan yang rapat.
·
Perlu menjalani kursus wajib jangka pendek selama
5 hari, iaitu 1 ½ jam sehari
bertujuan untuk memahami peraturan dan syarat-syarat AIM.
·
Selepas lulus ujian khas, peserta perlu menyertai
peserta-peserta lain yang terdiri
daripada 2 hingga 8 kumpulan yang dipanggil pusat.
·
Peserta wajib hadir ke mesyuarat mingguan pusat.
Segala urusan seperti
permohonan pembiayaan dan bayar balik pembiayaan akan dijalankan semasa mesyuarat mingguan. |
Kewajiban Sahabat AIM
·
Hadir ke Mesyuarat Pusat mingguan.
·
Membayar balik pembiayaan mengikut masa yang
ditetapkan.
·
Membuat simpanan wajib mengikut kadar yang
ditetapkan.
·
Membantu peserta-peserta lain, apabila mereka
berada dalam kesesakan.
|
Syarat Mudah Pembiayaan
·
Tidak perlu menyediakan cagaran dan penjamin.
·
Tidak dikenakan tindakan undang-undang menuntut
hutang.
·
Dilindungi khairat hutang, baki hutang dihalalkan
jika meninggal dunia.
|
Caj Pengurusan
·
AIM mengenakan caj pengurusan tahunan 10% ke atas
setiap peminjam.
Caj pengurusan ini digunakan untuk menampung kos pengurusan. |
Penubuhan Pusat
·
Gabungan antara 2 hingga 8 kumpulan.
·
Boleh diadakan di mana-mana tempat kemudahan awam
seperti balairaya,
surau dan lain-lain.
·
Wajib bermesyuarat seminggu sekali.
·
Tempat memproses pembiayaan, bayar balik dan
lain-lain urusan berkaitan.
|
Tabung Kumpulan
·
Tabung kumpulan diwujudkan untuk membentuk sikap
menabung
di kalangan Sahabat. Setiap Sahabat diwajibkan menyimpan secara mingguan antara RM1 hingga RM15. Sumber lain tabung ini ialah sumbangan 1% daripada pembiayaan sahabat. Dana tabung kumpulan ini boleh digunakan oleh Sahabat pada waktu kesesakan dan kecemasan. |
Penutup
Budaya keusahawanan wajar disemai sejak kecil supaya apabila besar kelak dapat menyumbang kepada pendapatan ekonomi negara melalui cukai pendapatan dan zakat. Keusahawanan mampu mengeluarkan diri daripada kefakiran ekonomi dan mengubah keadaan hidup. Perkaitan kemiskinan dan keusahawanan adalah saling bantu membantu bagi mengeluarkan masyarakat daripada kawah kemiskinan.
Agensi kerajaan perlu melaksanakan usaha membantu komuniti miskin untuk berdikari meningkatkan taraf hidup masing-masing. Peranan yang dimainkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sangat menggalakkan sehingga berjaya membentuk sebuah komuniti miskin yang berdikari seara kecil-kecilan. Kita tidak memerlukan polisi yang komprehensif tetapi kumpulan sasarnya langsung tidak mahu berusaha atau malas untuk mengubah keadaan hidup sendiri. Begitu juga dengan polisi dan program pembangunan yang ada tidak akan mencapai matlamatnya jika tidak ada maklum balas dan respons yang positif dan aktif daripada kumpulan sasar.
Individu sebagai unit paling asas dalam tiga elemen ini perlu memenuhi keperluannya sendiri terlebih dahulu sebelum dapat memenuhi keperluan komuniti dan negara. Bagaimanapun komuniti dan negara boleh membantu memenuhi keperluan individu melalui pelbagai program yang dilaburkan dalam pembangunan social.