Lisa Fong, adalah pengarah urusan OSCAR Footwear Marketing Sdn Bhd. Sejak di bangku sekolah lagi, beliau selalu membantu bapanya di kedai kasut untuk mendapat sedikit wang saku. Pengalaman tersebut telah mempengaruhi beliau untuk menceburi industri yang didominasi lelaki. Tetapi beliau tidak maju ke hadapan dengan menghasilkan kasut lelaki, sebaliknya beliau beralih kepada bidang pembuatan kasut keselamatan (safety footware).
Pada hari ini, pelanggan syarikat beliau adalah termasuk nama-nama besar seperti Petroliam Nasional Bhd, Top Glove Bhd, Fraser & Neave Holdings Bhd, The Federal Land Development Authority, Seagate Industries (M) Sdn Bhd dan The Royal Malaysian Police. Produk syarikat juga dieksport ke Thailand, Singapura, Vietnam, Kanada dan Fiji. Oscar Footwear Marketing adalah No 1 syarikat safety footware di Malaysia. Dilahirkan dan dibesarkan di Seri Kembangan di Selangor, Beliau pergi ke London untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pembuatan kasut. Semasa di London, beliau berkerja di kedai kasut Bata untuk mendapatkan banyak lagi pengalaman dalam industri pembuatan kasut.
Rekaan boot dari OSCAR Footwear. |
2. Azizah Omar
Beliau adalah Pengarah Urusan, Omar Ali Holdings Sdn. Bhd. Syarikat yang beribu pejabat di Kampung Baru, Kuala Lumpur itu diasaskan oleh ayah beliau, allahyarham Omar Ali, pada tahun 1935. Bisnes ayahnya bermula dengan menjual pakaian tradisional di sebuah bazar yang kini menjadi tapak Wisma Yakin, di Jalan Masjid India. Selain baju Melayu, ayahnya juga mahir menjahit sut iaitu pakaian popular di zaman pemerintahan Inggeris dahulu.
Antara rekaan pakaian kanak-kanak dari butik Omar Ali. |
Syarikat itu juga membida tender-tender membekal pakaian kepada jabatan-jabatan kerajaan. Azizah adalah graduan jurusan eknomi dari Northern Illinois University, America Syarikat. Beliau adalah anak bongsu daripada sebelas orang adik-beradik. Pengalaman bisnes lebih 70 tahun dan dibantu 30 orang tukang jahit mahir, Omar Ali Holdings mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lain. Para pelanggan yang serasi dengan perkhidmatan mereka datang berulang-alik sejak usia muda hingga ke hari tua mereka.
Perniagaan keluarga ini berjaya kerana mereka sentiasa menjaga mutu jahitan, mengikut peredaran fesyen dan memenuhi kehendak pelanggan. Selain pasaran tempatan, Omar Ali Holdings juga menerima tempahan dari luar negara. Cita-cita beliau adalah memastikan bisnes yang dimulakan oleh arwah ayahnya dapat diteruskan oleh ahli-ahli keluarganya yang lain supaya kejayaan yang dicapai dapat dikongsi bersama demi masa hadapan mereka, baik ahli keluarga serta para pelanggan yang disayangi.
rujukan :
http://www.omarali.com.my
rujukan :
http://www.omarali.com.my
3. Helen Read
Helen Read adalah jenama pakaian wanita. Ia juga adalah nama pengasas Ms Read Sdn. Bhd, syarikat yang mengendali rakaian butik pakaian untuk golongan wanita bertubuh besar. Kini terdapat sembilan buah butik dan kaunter Ms Read di beberapa pusat membeli belah di Kuala Lumpur. Antaranya di One Utama Shopping Center, Midvalley Megamall, Alamanda Putrajaya, Subang Prade, Sogo, Lot 10, Ampang Point, Isetan KLCC dan Maju Junction. Butik Ms Read juga terdapat di Pulau Pinang dan Johor Bahru. Helen Read yang dilahirkan di England adalah berdarah campuran Cina dan Inggeris. Bapa beliau berasal dari Ipoh, Perak.
Helen adalah bekas eksekutif di Hotel Merlin, Kuala Lumpur berkelulusan dalam bidang pengurusan hotel di Loughborough Collage, England. Beliau mengambil keputusan berhenti kerja selepas mendapat anak pertama. Ketika anak sulungnya, Benjamin Yong berusia dua tahun, seorang kawan mengajak Helen berkongsi niaga dalam bisnes membuat pakaian, Helen bersetuju dengan tawaran itu, bagaimanapun beliau hanya melibatkan diri secara sambilan. Kilang mereka membekal pakaian wanita ke pusat-pusat membeli belah seperti Isetan, Metrojaya dan jaya Jusco.
Pada tahun 1982 rakan kongsi Helen mengikut suaminya berpindah ke negeri lain. Sejak itu Helen mengambil alih pengurusan kilang sepenuhnya. Pada tahun 1996 Helen didatangani pihak Jaya Jusco yang memintanya membuat pakaian untuk segmen wanita mereka. Helen menolak tawaran itu kerana pada waktu itu kilangnya sedang beroperasi dengan kapaasiti penuh. Sebaliknya Helen meminta kepada pihak Jusco menyewakan sebuah lot kedai kepadanya untuk dibuat butik. Permintaan itu dipersetujui pihak Jusco. Helen membuka butik pertamanya yang diberi nama Ms Read di One Utama Shopping Center pada bulan Mac 1997.
Helen Read di butik pakaiannya, dengan salah satu rekaan pakaian. |
Ketika berkerjasama dengan pihak isetan, Hetan terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan ke atas saiz pakaian wanita di Eropah yang di sesuaikan dengan wanita Asia bersaiz 12 hingga 24. Melalui kajian itu, terhasil label Total Woan. Helen menggunakan konsep serupa untuk butiknya sendiri. Bagi Helen wanita bertubuh besar layak bergaya dan kelihatan cantik. Beliau mengambil kira cadangan dan maklum balas yang diterima daripada peminat-peminat butiknya. Selain pelanggan dewasa, beliau menyediakan pakaian plus sizeuntuk generasi muda. Butik Ms Read kini memiliki francais pertama di Brunei.
rujukan :
http://www.msreadshop.com/
rujukan :
http://www.msreadshop.com/
4. Puan Faridah Zakaria
Puan Faridah Zakaria,gambar kiri |
rekaan tudung Fareeda |
jahit. Namun segala susah payah itu dibalas dengan kejayaan yang hebat. Kini jenama FAREEDA merupakan antara jenama tudung yang paling popular di Malaysia. Ia juga menjadi penaja utama untuk penyampai dalam rancangan dan rangkaian TV di malaysia, antaranya Berita TV9, TV Al-Hijrah, Berita TV1 dan Wanita Hari Ini.
rujukan :
http://www.fareedascarf.com/
5. Vera Wang
Vera Wang dilahirkan pada 27 Jun, 1949, di New York City. Seorang bekas pemain ice skating, Wang adalah editor kanan fesyen di Vogue selama 15 tahun dan kemudian pengarah reka bentuk bagi Ralph Lauren. Dia mereka pakaian perkahwinannya sendiri, kemudian membuka butik pengantin dan tidak lama selepas itu melancarkan koleksinya sendiri. Kini dia sangat popular, dan mempunyai ramai pengikut di Hollywood dan dia juga mereka bentuk pakaian, barang kemas dan produk keperluan asas.
Di awal kerjayanya, dia adalah anak kepada pendatang Cina yang kaya, Wang menikmati zaman kanak-kanaknya dengan membesar di Upper East Side Manhattan. Beliau mendapat pendidikan di Chapin School elit dan Sekolah Amerika Ballet, sebelum mendaftar di Sarah Lawrence College. Pada tahun kedua beliau, Wang meneruskan pengajiannya di luar negara di Sorbonne, Paris, tetapi kembali ke Amerika Syarikat untuk melengkapkan ijazah dalam sejarah seni.
Rekaan busana pengantin dari Vera Wang |
Arthur Becker. Kecewa dengan pemilihan pakaian pengantin yang sedia ada, dia melakarkan reka bentuk sendiri dan menugaskan tukang jahit untuk menyesuaikan gaun yang direka rumit dengan kos sebanyak $10,000. Pada tahun berikutnya, dengan beberapa sokongan kewangan daripada bapanya, Wang membuka butik pengantin sendiri di kelas Carlyle Hotel di Madison Avenue di New York City. Direka kebanyakannya kepada selebriti dan golongan atasan, Vera Wang Bridal House mulanya ditawarkan gaun anggun oleh pereka terkenal Guy Laroche, Arnold Scaasi, Carolina Herrera, dan Christian Dior. Pada tahun tahun seterusnya, Wang terus mengasah kemahirannya sebagai seorang pereka fesyen dan akhirnya melancarkan koleksi pakaian pengantinnya sendiri dan diselaraskan dengan rekaan pakaian pegantin yang terkini mengikut peredaran semasa.
Wang mula-mula menerima perhatian antarabangsa semasa Sukan Olimpik 1994 apabila dia mereka ensemble tangan manik untuk pemain ice skating Nancy Kerrigan. Wang mula diperkenalkan dengan barisan pereka popular yang lain dengan rekaan pakaian petang yang elegan, Vera Wang juga membuat rekaan busana aggun mengikut permintaan pelanggannya yang boleh didapati secara eksklusif di butik Manhattan. Setakat ini, kedua-dua rekaan pakaian pengantin dan pakaian malamnya telah dijual di lebih 55 peruncit mewah, termasuk Saks Fifth Avenue dan Neiman Marcus.
Dengan mengimbangkan reka bentuk moden dengan keanggunan tradisional, Wang telah memperolehi ramai pengikut, terutamanya di Hollywood. Fesyen beliau sering dipakai untuk tayangan perdana filem dan majlis anugerah oleh beberapa pelakon berprofil tinggi, seperti Halle Berry, Goldie Hawn, Charlize Theron, Anjelica Huston dan Meg Ryan.
rujukan :
http://www.verawang.com/
rujukan :
http://www.verawang.com/
6. Rico Rinaldi
Industri fesyen dengan kemunculan bintang baru, ianya adalah Rico Rinaldi. Dan dia sangat cepat menempa namanya sendiri dalam bidang peragaan fesyen ini. Salah satu kelebihan yang diketahui pada pereka fesyen muda ini, Rico Rinaldi mewujudkan cetusan peribadinya dari pelbagai unsur-unsur seni. Pereka 26 tahun yang menyukai seni draping ini, membuat sentuhanan akhir yang mengagumkan untuk koleksi pakaian pengantin yang sedia dipakai dengan kreativitinya sendiri. Bakatnya dapat dikesan dari usia 10, kerana dia melihat, mengagumi dan berbangga bagaimana ibunya, yang mempunyai kemahiran dalam bidang jahitan, menjadi beberapa helai kain pasang kepada rekaan pakaian yang bergaya, beberapa tahun kemudian, beliau menyertai Universiti Limkokwing Kreatif teknologi, di Cyberjaya. Beliau berjaya menjadi seorang pelajar siswazah yang telah dianugerahkan anugerah Designer Terbaik 2008 oleh universiti tersebut untuk fesyen dan reka bentuk kormesil.
Beliau adalah antara pelajar pertama yang memenangi pertandingan fesyen, walaupun dia hanya di semester 2,dia memenangi kejayaan yang gemilang di Batik Fesyen Aksesori Design yang diadakan di Malaysia pada tahun 2006. Kemenangan itu mendorong beliau untuk menyertai pertandingan lain seperti Paco Rabanne "Black XS iaitu Fesyen New Black Couture Design" - dan mendapat hadiah utama bagi kategori pakaian wanita. Anugerah Inspirasi Triumph diadakan di Pavilion - di mana peserta dikehendaki untuk mereka bentuk pakaian ditambah dengan bulu di topi Rico. Beliau berjaya menempa nama, pada senarai nama kedua teratas. Pada tahun 2009, beliau telah mengambil bahagian dalam Mercedes Benz Stylo Young Designer Award oleh MODA (Persatuan Pereka Rasmi Malaysia). Dengan ciptaan Queen koleksi pakaian dari india, Rico telah dipilih sebagai salah satu daripada 12 finalis.
Antara rekaan yang telah dihasilkan |
membina bakat-bakat muda di kalangan pelajar untuk mendapat pengalaman di dalam industri ini kerana dia bekerja sebagai tutor di Fashion Penyelaras Acara disitu. Pada tahun 2010 beliau telah diundi tiga teratas untuk pereka muda untuk diperlihatkan pada tahun 2010 oleh Tongue di dalam Chic Annual Style Awards. Dengan membawa namaya serta dilabel bersinar dalam industri fesyen sehingga beliau memenangi Piala Seri Endon 2009 dengan tema yang dipanggil Republik Flora. Satu penyelidikan yang lama dilakukan pada motif bunga hingga menarik dan memdapat inspirasi daripada usaha-usaha anti-perang di Amerika Syarikat di mana istilah 'Flower Power' telah digunakan secara meluas terutama menentang perang di Vietnam pada 1960-an.
pada tahun 2011, beliau telah dicalonkan untuk Anugerah Cosmopolitan Fun Fearless Fabulous dalam The Young Designer Award bersama-sama dengan lain-lain pereka muda terkemuka Malaysia. Impiannya menjadi kenyataan apabila pada tahun 2011, dianugerahkan untuk Anugerah Pereka Muda terbaik Anugerah Pesona Tenun Berita Harian,dia juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di London Fashion School of Art dalam bidang Customized Pattern Making and Fitting.
rujukan :
http://www.ricorinaldi.com/
rujukan :
http://www.ricorinaldi.com/
7. Alia bastamam
Namanya masih belum komersial seperti pereka fesyen lain yang ada dalam industri fesyen. Oleh kerana itulah ramai penulis sering kali tersilap apabila menulis nama Alia Bastamam kepada Alia Bastaman dek kerana keliru dengan konsonan ‘N’ atau pun ‘M’.
Walhal, Nur Alia Bastamam, 27, sudah berkecimpung dalam dunia seni fesyen sejak tujuh tahun lalu. Cuma, dia tidak terlalu menonjol seperti graduan fesyen yang lain. Bagi Alia, industri fesyen di Malaysia adalah satu industri yang cukup mencabar. Sebelum meneruskan cita-cita untuk menempa nama dalam industri ini, Alia ingin memastikan dia punya pengalaman dan tahu sedikit sebanyak mengenali perniagaan fesyen.
“Tujuh tahun adalah masa yang singkat untuk mempelajari semuanya. Masih banyak yang perlu dipelajari untuk sampai ke peringkat lebih besar,” katanya yang mendapat latihan formal dalam seni fesyen dari Rafflesia Design Institute.
Tujuh tahun `bersembunyi’, Alia buat pertama kalinya tampil dengan koleksi berani musim panas, Resort
2011, di Solaris Dutamas, baru-baru ini. Turut serta pada pertunjukan fesyen Debut Showcase itu, jenama PU3. Kata Alia, banyak pahit manis yang dilalui beliau dalam industri fesyen. Saat manis, pastinya pertunjukan pada Debut Showcase. "Saya rasa seperti tidak percaya. Label Alia Bastamam mementaskan pakaian untuk pasaran ready-to-wear (siap dipakai) selepas sekian lama,” katanya.
Ternyata, koleksi yang dihasilkannya penuh ciri berbeza, unik sesuai prinsipnya yang tidak mahu dikategorikan sebagai peniru. Ikuti temu bual RATU bersama beliau di kediamannya di Kelana Jaya, baru-baru ini.
“Tujuh tahun adalah masa yang singkat untuk mempelajari semuanya. Masih banyak yang perlu dipelajari untuk sampai ke peringkat lebih besar,” katanya yang mendapat latihan formal dalam seni fesyen dari Rafflesia Design Institute.
Tujuh tahun `bersembunyi’, Alia buat pertama kalinya tampil dengan koleksi berani musim panas, Resort
2011, di Solaris Dutamas, baru-baru ini. Turut serta pada pertunjukan fesyen Debut Showcase itu, jenama PU3. Kata Alia, banyak pahit manis yang dilalui beliau dalam industri fesyen. Saat manis, pastinya pertunjukan pada Debut Showcase. "Saya rasa seperti tidak percaya. Label Alia Bastamam mementaskan pakaian untuk pasaran ready-to-wear (siap dipakai) selepas sekian lama,” katanya.
Ternyata, koleksi yang dihasilkannya penuh ciri berbeza, unik sesuai prinsipnya yang tidak mahu dikategorikan sebagai peniru. Ikuti temu bual RATU bersama beliau di kediamannya di Kelana Jaya, baru-baru ini.
Latar belakangnya dalam bidang fesyen, bermula apabila diatertarik dengan seni serta fesyen dan berjinak dalam dunia itu sejak usia lapan tahun lagi. Ketika itu, dia membuat baju pertamanya menggunakan mesin jahit ibu. Dari situlah bermulanya perjalanan beliau dalam dunia fesyen.
Malaysia memiliki ramai pereka fesyen yang cukup berbakat dan tersendiri. Mungkin sebuah rekaan klasik dan ringkas di sini masih dilihat seperti sama saja tapi jika dilihat lebih dekat, hasil kerja, pilihan fabrik, potongan rekaan mereka berbeza.
Alia bastamam sendiri gemar menghasilkan pakaian yang memiliki glamor tersendiri dan klasik, yang mana ia boleh dipakai sekarang atau dalam masa lima tahun atau 10 tahun lagi. Tahap glamor sesuatu baju yang direka adalah ditentukan oleh personaliti si pemakai. Pakaian yang ringkas tapi tetap glamor jika potongannya menarik dan sangat bersesuaian serta menyerlahkan lagi kejelitaan pemakai.
Alia bastamam sendiri gemar menghasilkan pakaian yang memiliki glamor tersendiri dan klasik, yang mana ia boleh dipakai sekarang atau dalam masa lima tahun atau 10 tahun lagi. Tahap glamor sesuatu baju yang direka adalah ditentukan oleh personaliti si pemakai. Pakaian yang ringkas tapi tetap glamor jika potongannya menarik dan sangat bersesuaian serta menyerlahkan lagi kejelitaan pemakai.
Beliau percaya sebagai pereka wanita, beliau boleh memahami dan memang perlu tahu apa yang diinginkan oleh wanita lain. Kini, jumlah pereka wanita dalam industri ini semakin bertambah dan dia pasti masyarakat juga percaya kebolehan pereka wanita dalam menghasilkan rekaan yang boleh bersaing dengan pereka lelaki terkenal.
Antara cabaran yang perlu dihadapi, dalam menghasilkan rekaan siap dipakai, dia perlu memahami industri fesyen di Malaysia dan juga di luar negara selain mencari keseimbangan dalam koleksi berkenaan. Cabaran masakini adalah untuk sentiasa bergerak maju dalam dunia fesyen dan sentiasa mengikut peredaran semasa untuk sentiasa bersaing dengan pereka fesyen yang lain. Inspirasi beliau dalam mendapatkan idea adalah datang dari mana-mana saja. Kadang kala di tempat yang sibuk dan bising, kadang kala pula sebaliknya, kebanyakkan inspirasi yang difikirkan adalah gambaran yang pernah dilihat dulu.
Cita-citanya adalah untuk menempatkan label Alia Bastamam ke taraf Asia dan ke peringkat antarabangsa dalam jangka masa panjang. katanya dalam dunia fesyen, sentiasa harus lain dari yang lain kerana fesyen sentiasa berubah. Harus lengkapkan diri dengan pengetahuan dan memberi perhatian terhadap apa yang berlaku di serata dunia. Fesyen memainkan peranan besar dalam ekonomi dunia. Beliau dan semua yang berada di bawah label Alia Bastamam akan terus berusaha ke arah itu.
rujukan :
http://aliabastamam.com/post/14449435383/the-alia-bastamam-spring-summer-2012-collective-is
rujukan :
http://aliabastamam.com/post/14449435383/the-alia-bastamam-spring-summer-2012-collective-is
8. Rizman Ruzaini dan Fiziwoo
Jejak ke menara gading di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak tidak lama dahulu telah mempertemukan dua individu kreatif dalam seni reka pakaian.Permulaan persahabatan Wan Mohd. Ruzaini Wan Jamil, 29, dan Rizman Nordin, 29, terjalin saat ditempatkan dalam satu kelas yang sama. Keakraban yang terjalin diteruskan sehingga ke UiTM Shah Alam, Selangor ketika kedua-duanya melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen.“Mungkin disebabkan kami berdua datang dari utara dan berasal daripada keluarga susah menjadikan kami serasi. Kami duduk menyewa bersama di Shah Alam, malah hasil kerja kami ketika belajar dahulu pun mempunyai banyak persamaan,” ujar Ruzaini yang berasal dari Taiping, Perak.
Perancangan awal Ruzaini bukanlah untuk bergelar seorang pereka fesyen. Usai menamatkan pengajian, lelaki itu mahu menjadi pensyarah. Bayangan bagi menempa nama dalam industri seni tidak pernah diutamakan kerana kurang yakin dengan kebolehannya. Impian itu amat bertentangan dengan Rizman yang terlebih awal mengimpikan kerjaya gemilang sebagai pereka fesyen.
Ekoran keserasian dalam bekerja yang ditampilkan Rizman dan Ruzaini, timbul cakap-cakap orang sekeliling yang mencadangkan mereka bergabung membentuk satu jenama fesyen. Selepas melalui pertimbangan dan perbincangan wajar, kedua-duanya bersetuju bergabung di bawah jenama Rizman Ruzaini.
Busana Ziana Zain
“Kami bermula pada tahun 2005 dan ketika itu masih menuntut di tahun akhir pengajian. Projek pertama kami adalah menghasilkan busana untuk Ziana Zain bagi satu majlis anugerah. Gembiranya tidak terkata ketika Ziana berani mengambil risiko dan meletakkan kepercayaan kepada kami yang pada masa itu tidak dikenali sesiapa.
“Alhamdulillah bermula daripada situ, perlahan-lahan hasil kerja kami mula diberi perhatian. Malah tidak lama selepas Ziana tampil dalam persalinan kami, Datuk Siti Nurhaliza menerusi pengurusnya meminta kami mereka pakaian untuk satu majlis anugerah.
“Saya masih ingat kesusahan yang kami hadapi ketika itu. Berbekalkan RM150 yang dipinjamkan arwah ayah, kami berjaya menghasilkan sehelai busana yang tampak elegan dan eksklusif buat Siti Nurhaliza,” singkap Ruzaini ketika ditemui Stailo di butiknya di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.
Kejayaan demi kejayaan ditempa duo tersebut. Antaranya ialah Anugerah Pereka Popular yang berjaya disandang Rizman Ruzaini selama tiga tahun berturut-turut. Berkat kesungguhan dan kejujuran yang dipraktikkan dalam konteks kerja mereka, nama Rizman Ruzaini hari ini mampu berdiri megah. Pelanggan-pelanggan mereka juga bukan calang-calang, malah menjadi kegemaran artis-artis wanita kelas pertama.
Mungkin ramai berpendapat, apabila dua pereka kreatif bekerjasama, pasti timbul perselisihan pendapat dan pertentangan idea. Rizman dan Ruzaini tidak menolak masih ada pertelagahan idea sesama mereka, namun segalanya mampu dikawal dan diselesaikan secara bernas.
40 lakaran
“Pembahagian tugas amat kami tekankan. Contohnya, apabila ada koleksi baharu hendak dikeluarkan, kami akan berbincang mengenai tema terlebih dahulu. Katalah sebanyak 20 helai pakaian diperlukan dalam koleksi tersebut, setiap daripada kami perlu menghasilkan 40 lakaran.
“Proses ini mengambil masa selama sebulan sebelum kami berbincang kembali dan membentangkan idea yang telah dilakar. Kemudian, kami akan mengolah 20 helaian akhir berdasarkan 40 lakaran awal tadi,” ujur Rizman yang berasal dari Bagan Ajam, Pulau Pinang.
Selain daripada pembahagian kerja, Rizman dan Ruzaini turut sepakat dalam mengendalikan urusan butik, pelanggan dan selebriti. Apabila ada sesi fotografi bersama artis dan majlis-majlis tertentu, Rizman memainkan peranannya untuk turun padang bagi membawa baju dan menguruskan segala persiapan artis.
Ruzaini pula lebih kepada pengurusan butik dan pekerja. Begitu juga dengan pertemuan bersama pelanggan. Kedua-dua mereka memiliki pelanggan tersendiri tetapi setiap pakaian yang direka perlu berpandukan garis panduan jenama Rizman Ruzaini. “Selama lapan tahun kami bekerja bersama dan setakat ini belum pernah timbul pertelagahan serius. Dahulu mungkin agak kritikal kerana segala perkara kami uruskan dari awal hingga akhir. Kini kami mempunyai lapan pekerja yang terlibat secara langsung dalam proses penghasilan pakaian,” tambah Rizman yang mendedahkan bahawa jenama mereka bakal tampil dengan koleksi CT Scarf hasil kolaborasi bersama Siti Nurhaliza menjelang hujung tahun ini.
Kejayaan pereka antarabangsa, Gianfranco Ferre dan Giorgio Armani pula menjadi sandaran pereka duo tempatan yang sedang mencipta nama, Fiziwoo berganding bahu. Meskipun Hafizi Radzi Woo, 24, dan Izree Kai Haffiz, 29, berlainan latar belakang pendidikan, kedua-duanya berjaya menggegarkan industri fesyen tanah air masa kini.
Seperti Ferre yang merupakan seorang arkitek pada asalnya, begitu juga Izree yang memiliki Ijazah Seni Bina Arkitek dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Kepakaran dalam bidang seni bina memacu Izree untuk berkolaborasi dengan Hafizi yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen UiTM Shah Alam.
“Pada mulanya, kami berdua hanyalah kawan baik. Ketika jenama Fiziwoo masih dikendalikan saya seorang, Izree selalu membantu saya ketika pertunjukan fesyen, memberi pendapat saat koleksi baharu dihasilkan dan mengikuti saya ke majlis-majlis fesyen. “Semenjak itu, kami mempunyai keserasian dari segi cara kerja, ideologi dan falsafah meskipun berbeza jurusan pelajaran.“Namun kecintaan terhadap fesyen mengatasi perbezaan itu dan kami percaya gabungan fesyen dan arkitek mampu menghasilkan idea rekaan yang unik,” ujar Hafizi yang bergabung dengan Izree pada penghujung tahun 2011 dan membuat penampilan sulung bersama di pentas Minggu Fesyen Malaysia Antarabangsa (MIFA) pada tahun yang sama.
Di bawah jenama Fiziwoo, Hafizi dan Izree menghamparkan kreativiti mereka. Skop tugas Izree lebih kepada pengurusan, pemasaran, penjenamaan, strategi dan perancangan serta promosi jenama. Sehubungan itu, tugas-tugas rekaan, kajian dan produksi produk banyak terletak di atas bahu Hafizi.
Dapat perhatian
Biarpun berlainan tugasan, kesefahaman tetap diutamakan. Malah Hafizi dan Izree mengakui bekerja berdua membantu sesuatu kerja disiapkan dengan pantas.
“Tolak ansur dan bersikap rasional menjadi pegangan kami saat melaksanakan tugas,” dedah Izree ketika ditemui Stailo di kediaman merangkap butik Fiziwoo di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Selangor. Kelibat dua tulang belakang Fiziwoo itu di kebanyakan acara fesyen sering mengundang perhatian. Selain respons positif pemerhati fesyen terhadap hasil kerja mereka, penampilan kemas dan hampir sedondon Hafizi dan Izree juga membuatkan orang menganggap mereka kembar.
Tambah Hafizi: “Apabila bekerja berdua kami dapat mengisi kekosongan yang ada. Ia bermaksud setiap daripada kami mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Sehubungan itu, gabungan ini dapat melengkapkan kekuatan dan memperbaiki kelemahan sedia ada.
“Selain itu, jenama Fiziwoo juga dapat berkembang pantas kerana pelbagai kerja mampu dijalankan secara serentak. Idea juga dapat dikongsi bersama ketika merangka sesuatu.
“Sudah menjadi kebiasaan apabila hendak menghasilkan koleksi baharu, kami akan menjalankan proses perkongsian idea dan pengawalan kualiti. Ketika inilah berlaku percanggahan ideologi tetapi menerusi penapisan, kami dapat memutuskan idea yang terbaik.”
rujukan :
http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0528&pub=Kosmo&sec=Stailo&pg=st_01.htm
9. Hatta Dolmat
Pereka Fesyen Hatta Dolmat, dilahirkan di tempat yang paling bersejarah di Malaysia, iaitu Melaka. Beliau dibesarkan di Bangi, bukan dari dalam keluarga Industri Fesyen. Tetapi antara pereka fesyen muda yang dikenali pada usia 27 tahun , meningkat dalam fesyen semasa mempelajari bidang seni di UiTM.Beliau kemudiannya memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Seni dan Rekabentuk Fesyen dari universiti yang sama. Selepas tamat pengajian, Hatta Dolmat mencari peluang terbesar dengan memasukkan pertandingan fesyen di Malaysia, dan telah dipilih sebagai yang terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut.
Hatta Dolmat telah memenangi Persona Pengantin Trophy dan acara berprestij Jarum Berlian Trophy pada tahun 2005. Beliau juga telah mengambil bahagian dalam acara KL minggu Fesyen. Selain daripada itu, pencapaian yang lain dalam pertandingan fesyen termasuk pemenang untuk Jusco Young Designer Award 2003. Hatta Dolmat juga telah mendapat pendedahan di peringkat antarabangsa apabila beliau memenangi DesignAward Chic Etnik 2007 di Singapura, satu pertandingan reka bentuk oleh Singapore FashionSociety and People's Associations.
Beliau juga adalah tiga finalis teratas bagi Projek Runway Malaysia 2007, pada tahun 2008 Hatta adalah salah satu Icon Fesyen yang menyertai Bumiputra Designer Associations (BDA) dan dipilih sebagai Sepuluh Rising Star oleh Malaysia International Fashion Week (Mifw).
Pada akhir tahun 2008 , memori indah yang dapat dikenang adalah beliau mendapat jumlah tertinggi pengundi dan memenangi untuk Anugelah Pereka Fesyen Popular.Selain itu , Selain itu dia juga memenangi Pakaian Terbaik 2 tahun berturut-turut, yang dipakai oleh Erra Fazira (2007) dan Julia Zeigler (2007 ) di bawah penganjuran Anugerah Bintang Popular.
Hatta Dolmat percaya dia mesti melakukan apa yang pernah dilakukan untuk membezakan dirinya dalam dunia kompetitif rekaan fesyen di Malaysia. Hatta, dengan hanya lima tahun pengalaman dalam industri ini di bawah usahanya sendiri, beliau dapat bergerak seiring di dalam arena fesyen Malaysia dengan begitu cepat.
Gemar Aficionado John Galliano Dior dan Alexander McQueen, Hatta banyak bercakap tentang ciri ciri
pakaian yang dibawa dan semangat yang menarik dan memberi cetusan kepada dunia biasa di dalam industri fesyen kepada yang lebih serius di Malaysia. Cinta dengan busana anggun di mana pakaian yang berkualiti tinggi yang dicipta menggunakan fabrik mahal, dijahit dengan butir-butir yang terperinci dan sentuhan terakhir, kebanyakannya menggunakan tangan, beliau percaya bahawa mewujudkan pakaian adalah sama seperti bercerita.
Reka bentuk yand direka selalu adalah yang paling dicari oleh bintang bintang terkenal seperti ErraFazira, Ning Baizura, Mila, Jaclyn Victor, Fasha Sandha, Fazura, Nurul, Julia Ziegler, dan banyak selebriti memperagakan pakaian yang dihasilkan olehnya dengan koleksi konvensional dan busana anggun.
Hasil kerja beliau telah mula diterbitkan dalam majalah Rias dan tidak lama selepas itu, hampir semua majalah fesyen penting di Malaysia telah memasukan gambar gambar dari hasil karyanya dalam ruangan yang disediakan.Sejak dari itu, dia mula juga menjadi antara pereka pakaian pengantin dan penulis di bawah kolum fesyen untuk Majalah Pengantin.
rujukan :
http://www.hattadolmat.com/
10. Radzuan Radziwill
Profile : Nama: Radzuan RadziwillAsal: Kuala Kangsar, Perak
Kerjaya: Pereka fesyen, pemilik butik Radzuan Radziwill
Pendidikan: Sarjana dalam bidang fesyen, Universiti Bunka, Tokyo Jepun (1994); Ijazah Sarjana Muda (Fesyen), Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Pencapaian: Tokoh Jarum Berlian Malaysia (2005), tempat pertama Anugerah Benang Emas - majalah Jelita (1994)
Radzuan Radziwill Pereka Fesyen Berjaya
Walaupun hampir 18 tahun berkecimpung dalam dunia rekaan, dengan ada antara pereka seangkatannya sudah tersungkur dan menukar haluan, jenama Radzuan Radziwill masih gah dan cukup dikenali sebagai pereka bercita rasa mewah di kalangan orang kenamaan.
Untuk mencapai seperti apa yang diperolehnya kini bukanlah sesuatu yang mudah. Tanpa kesungguhan dan semangat yang tinggi, dia mengakui tidak mungkin Radzuan Radziwill berada seperti sekarang.
"Dari segi luaran mungkin ramai beranggapan begitu senang bergelar pereka. Namun sebenarnya rekaan
fesyen bukan satu bidang yang mudah. Saya sendiri bukan daripada kalangan keluarga senang atau berlatar belakang perniagaan. Saya bekerja bersungguh-sungguh siang dan malam. Ini kerana untuk meraih kepercayaan, saya perlu menunjukkan komitmen tinggi serta bersabar melayan kerenah pelanggan," katanya memulakan bicara.
Mengimbas kembali kesusahan yang pernah dilalui ketika melanjutkan pelajaran di Jepun dalam jurusan sarjana fesyen di Universiti Bunka, Tokyo, pemilik nama sebenar Radzuan Radzi ini mengakui daripada 30 pelajar Malaysia yang dihantar ke Jepun, hanya dia seorang memilih bidang fesyen dan satu-satunya lelaki Melayu tunggal di sana.
"Saya terasa diri begitu kerdil kerana tiada rakan sekuliah dari Malaysia untuk berkongsi masalah. Ditambah pula teknologi mereka yang sangat maju ke depan membuatkan saya terpaksa berusaha lebih gigih untuk menyaingi pelajar di sana," katanya.
Selain itu, kos kehidupan yang sememangnya tinggi menyebabkan Radzuan tidak hanya mengharapkan biasiswa semata-mata sebaliknya melakukan kerja sambilan sebagai pelayan restoran untuk membiayai kos kehidupan di Jepun. Hampir empat tahun berjuang, akhirnya Radzuan berjaya menamatkan pengajian dalam bidang sarjana fesyen.
Memulakan karier sebagai pensyarah kerana ingin memenuhi permintaan ibu bapa, tidak sampai sebulan Radzuan mengubah haluan bergelar pereka fesyen. Ini kerana dia sendiri tidak menyangka pertandingan Anugerah Benang Emas anjuran majalah Jelita yang disertainya sekadar suka-suka mengubah keseluruhan hidup dan juga kerjayanya apabila dia dinobatkan sebagai pemenang.
"Selepas kemenangan itu, saya bertekad memilih kerjaya pereka dan berazam membuka perniagaan sendiri. Saya percaya sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh, tidak mustahil saya mampu membuka perniagaan suatu hari nanti," katanya yang membuka butik pertama iaitu bengkel batik di Gombak.
Melihat kesungguhan Radzuan, ibu bapa yang pada mulanya tidak merestui pilihan kerjaya anaknya akhirnya memberikan sokongan dan semangat kepadanya.
Tanpa mengambil masa yang lama, beberapa tahun selepas itu Radzuan membuka butik sendiri di Kompleks Daya Bumi dengan menumpukan perhatian kepada rekaan busana pengantin. Pada masa sama, dia melalui fasa pembelajaran dengan mempelajari teknik membuat rekaan, lakaran, kaedah memotong, menjahit dan melakukan kerja kemasan terakhir sebelum menyerahkan pakaian kepada pelanggan.
Malah, di sini juga dia mempelajari selok-belok ilmu perniagaan dengan menguruskan hal ehwal kewangan dan menjalankan urusan promosi.
"Apa yang saya peroleh hari ini adalah hasil daripada kerja keras selama 18 tahun. Saya tidak pernah duduk diam. Malah sehingga sekarang saya masih melakukannya sendiri daripada membuat lakaran, memilih fabrik sehingga mengambil ukuran pakaian. Ini perniagaan saya walaupun ada keluarga membantu tetapi akhirnya ia di atas bahu saya sendiri," ujarnya yang kini memiliki 48 pekerja termasuk adik-beradik yang membantu, meringankan urusan di butik.
Jelas Radzuan, sekiranya dia tidak bersungguh-sungguh dan serius dalam perniagaan, mana mungkin dia mampu membayar gaji pekerja yang tentunya untuk menyara keluarga. Justeru, apa yang dilakukannya sejak 18 tahun dulu sesuatu yang serius serta memerlukan semangat yang tinggi.
Kini walaupun dia boleh menyerahkan urusan kepada orang lain, Radzuan masih menumpukan kepada kerja di butik terutama bagi menjaga kualiti produk serta jalinan istimewa dengan pelanggan yang terdiri daripada orang kenamaan serta selebriti popular. Menyiapkan tempahan daripada pelanggan tetap yang kadangkala mencecah belasan dan puluhan ribu ringgit sehelai memerlukan waktu dan ketelitian.
Bagi Radzuan, resipi kejayaannya mudah iaitu sentiasa memberi tumpuan pada karier dan bekerja keras untuk berjaya. Apa saja dilakukan harus bersederhana sama ada dalam kehidupan, kerjaya dan juga perniagaan.
Melihat kemunculan ramai pereka muda ia sesuatu yang positif kerana masingmasing dapat bersaing secara sihat. Namun untuk kekal dalam industri, pereka muda harus bijak mencari ruang, rajin dan tidak kenal erti putus asa.
"Bagi saya, untuk berjaya mereka seharusnya bijak menggunakan peluang dan tidak terlalu ingin mengejar populariti. Sekiranya mampu menghasilkan produk berkualiti dan mempunyai cita rasa sendiri, populariti akan datang kemudian. Gunakan peluang untuk belajar dan menimba lebih pengalaman. Belajar memahami liuk lenggok tubuh dan mengekalkan disiplin sepanjang masa," nasihatnya.
Untuk tahun ini, Radzuan ingin memperluaskan label sedia dipakai sama ada dijual menerusi dalam talian serta kerjasama dengan pusat beli-belah. Rekaan untuk pakaian pengantin masih diteruskan kerana ia suatu identiti serta keistimewaan dalam rekaan selain menambah kepada perkhidmatan penyediaan pelamin dan hantaran yang dilakukan hampir setiap minggu.
"Ramai beranggapan saya hanya mengambil tempahan untuk majlis perkahwinan untuk golongan kenamaan saja, tetapi sebenarnya tidak. Pelanggan tidak terhad kepada golongan atasan sebaliknya terbuka kepada sesiapa saja bergantung kepada majlis dan kemampuan pelanggan. Untuk busana biasanya harga bermula RM3,000 ke atas manakala pakaian sedia dipakai bermula daripada RM100," jelasnya.
Mengenai perancangan masa depan, pantas Radzuan berkata yang dia mengimpikan sebuah akademi fesyen bagi membolehkannya berkongsi karya, ilmu dan pengalaman sepanjang berkecimpung di dalam bidang ini bersama pereka muda yang bakal dilatih sebagai pelapis.
Tanpa berselindung dia memberitahu sudah menerima tawaran untuk itu namun masih berkira-kira untuk memulakannya. Ini kerana untuk pembangunan sebuah sekolah fesyen memerlukan perancangan jangka panjang dan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.
"Apa yang saya impikan adalah gabungan bersama agensi kerajaan atau institusi pendidikan yang menyediakan jurusan dalam bidang fesyen bagi membolehkan akademi ini bertahan dalam jangka panjang.
"Saya tidak mahu melakukannya hanya separuh jalan kerana ini keinginan saya untuk membuat amal jariah melalui pendidikan dan diharap kemahiran yang diberikan kepada mereka mampu meningkatkan ekonomi keluarga," katanya yang turut menempatkan koleksi pakaian di The Twelve Fahrenheit 88, Kuala Lumpur.
rujukan :
http://www.radzuanradziwill.com