Project : Business Idea 2013

1. Nama Produk : Excellent Star (kategori - Technician Gadget)

2. Gambar Produk :


gambar produk dan label
 
gambar belakang produk
 
 

banner produk

 
3. Penyelesaian masalah kepada :
 
- Masalah yang sering dihadapi pengguna adalah apabila berlaku kerosakkan kepada peralatan ict milik peribadi atau kepunyaan syarikat,kebanyakkan mereka tidak tahu bagaimana hendak membaikpulih, dan mempunyai sedikit pengetahuan mengenai bahagian teknikal peralatan tersebut, ini menyebabkan sesetengah pelanggan mudah ditipu oleh kedai - kedai atau syarikat - syarikat baikpulih peralatan ict ini,sekiranya masih juga tidak boleh membaikpulih sendiri setelah mendapat panduan melalui peralatan ini, ianya juga boleh menjadi panduan kepada para pengguna bagi mendapatkan perkhidmatan baikpulih yang tepat dan saranan yang menjimatkan, tidak perlu bersusah hati lagi.

4. Peluang :

barangan ini sangat berpontensi digunakan di Bandar juga di luar Bandar, setiap lapisan masyarat boleh menggunakannya, memandangkan dunia masa kini sangat menjurus kepada dunia berteknologi tinggi, maju dari segi pengeluaran produk ict, ianya harus juga seiring dari segi bahagian teknikal membaikpulih peralatan,kini semua pengguna boleh menjadi juruteknik!

5. Keterangan Produk :

Dilihat daripada rajah diatas, peralatan ini mempunyai satu kabel yang akan menyambungkan kepada computer,laptop dan antara peralatan peralatan ict yang sesuai untuk dibaikpulih,bagi membuat diagnosis kepada permasalahan yang dihadapi oleh peralatan ict tersebut, baik berkaitan dengan hardware atau pun software, perincian terperinci akan dipaparkan selepas diagnosis kepada kerosakkan dilakukan, dan saranan saranan yang mudah difahami akan diberikan kepada pengguna untuk panduan membaikpulih.

Peralatan ini juga dilengkapi dengan perisian aplikasi installation untuk OS, aplikasi-aplikasi asas di dalam OS seperti Microsoft word,excel dan sebagainya, juga disertakan bersama windows drivers bagi jenis-jenis computer dari version mimos Pentium III sehingga yang terkini,perisian antivirus yang terkini juga disertakan.

Peralatan ini juga boleh mengesan jenis komputer yang anda gunakan, dan disertakan maklumat mengenai perisian perkakasan hardware juga software mengenai peralatan yang anda gunakan.

6. Keunikan Produk :
 
produk ini kelihatan seperti kebanyakkan gadget yang terdapat di pasaran, tetapi jangan terkabur dengan fizikalnya, kerana ianya cukup lengkap dengan perisian aplikasi installation untuk komputer,laptop dan antara peralatan peralatan ict yang sesuai untuk dibaikpulih, para pengguna tidak perlu tercari- cari sendiri software yang perlu digunakan, yang juga mengambil masa yang lama, mahal untuk mendapatkannya, dengan produk ini semua yang anda perlu ada disediakan, mudah dan cepat menyelesaikan masalah anda.

Jika terdapat kerosakan kecil pada perisian software,produk ini boleh menyelesaikan masalah tersebut mengikut pada langkah-langkah yang akan diberikan, sekiranya anda mengalami kerumitan menggunakan peralatan ini anda juga boleh juga terus menghubungi talian bantuan dari syarikat kami untuk mendapatkan bantuan selanjutnya.

Gadget ini juga ada menyediakan senarai nama - nama syarikat atau kedai pembekal hardware berkaitan ict yang berdekatan dengan anda, disenaraikan mengikut pada kualiti dan harga yang ditawarkan, gadget ini sememangnya sangat membantu.
 

7. Target Market :

Produk ini mensasarkan kepada penggunaan yang meluas kepada jabatan kerajaan dan juga swasta, di bandar mahu pun luar bandar, ianya kerana produk ini dicipta untuk menjimatkan kos dari segi penyelenggaraan peralatan ict yang dimiliki, dengan memudahkan cara dari segi membaikpulih sendiri peralatan tersebut daripada mendapatkan khidmat membaikpulih dari syarikat luar yang mungkin mencecah bayaran yang lebih tinggi berbanding membaikpulihnya sendiri terutamanya kepada kerosakkan kecil yang dialami.

Produk ini juga mensasarkan penjualannya kepada golongan remaja dan para pelajar yang sangat berminat dalam mendalami bidang ilmu sebegini,produk ini juga melatih setiap individu menjadi lebih celik it dari sudut teknikalnya, ditambah pula dengan kemahiran sedia ada dalam menggunakan peralatan ict, tentu saja tidak merumitkan untuk menggunakan produk ini, ianya sangat mesra pengguna.

8. Mendapatkan pelaburan :

mendapatkan pelaburan secara geran, daripada Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle).


9. Business Model :
 
- Segmentasi Pasaran :
 
Penjualan produk ini menumpukan penjualannya kepada setiap lapisan masyarakat di dalam dan luar bandar. Segmen-segmen pasaran ini majoritinya menggunakan peralatan ict dalam kehidupan seharian mereka.
  • Syarikat - syarikat kerajaan dan swasta, para pelajar, pekerja dan individu perseorang.
  • Syarikat kami akan memberikan perkhidmatan produk yang berkualiti tinggi dan memuaskan. Ini akan memberi asas pendapatan sihat, konsisten dengan memastikan kestabilan perniagaan.
 
- Nilai Tambah :
 
Syarikat kami akan menawarkan harga yang lebih rendah sekiranya produk yang dibeli melebihi dari 100 unit, kami juga mempunya juruteknik - juruteknik yang hebat dalam memberikan khidmat bantu kepada setiap pelanggan yang memiliki peralatan ini.
 
warranty kepada produk kami akan diberi tempoh selama 3 tahun, khidmat bantu akan segera diberikan sekiranya terdapat sebarang kerumitan yang di hadapi semasa menggunakan produk kami.
 
- Medium Perhubungan :
 
Pengiklan produk kami akan disiarkan pada setiap keluaran majalah pc, pada laman sesawang syarikat kami, juga poster - poster iklan yang akan diletakkan di mall sekitar anda. kami juga mempunyai premis kedai di kuala lumpur, kuantan, bandar jengka, terengganu, johor dan sarawak.
 
- Perhubungan dengan Pelanggan :
 
Kami menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat sekiranya berlaku kerumitan dalam menggunakan produk kami, syarikat kami juga akan menghantar pekerja kami untuk membantu sekiranya perlu, syarikat kami juga ada menyediakan khidmat bantu selenggaraan peralatan ict sekira keadaan di tempat tersebut agak kritikal dan memerlukan khidmat baikpulih dalam kuantiti yang besar. kami sedia membantu anda.

 
- Kunci kepada Kejayaan :

Kunci-kunci kepada kejayaan syarikat kami dalam pengeluar produk ini termasuk:
 
  • Menyediakan produk berkualiti tinggi dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik sepanjang masa.
  • Meletakkan harga yang kompetitif. 
 
-Pasukan Pengurusan :

pemilik idea asal kepada produk ini adalah En.Akmal selaku ceo kepada salah sebuah syarikat ict di ibu negara dan begitu berpengalaman dari segi teknikal membaikpulih peralatan ict dan dalam perkhidmatan rangkaian internet dan telekomunikasi,diteraju bersama dalam penciptaan idea ini adalah rakan kongsinya Cik Nazlia coo kepada syarikat yang sama, berpengalaman luas dalam bahagian baikpulih peralatan ict dan juga dalam pemasaran produk jualan.

- Rancangan Kakitangan :

Seperti rancangan kakitangan dibawah, kami menjangkakan untuk membuat pelaburan penting dalam jualan-jualan, sokongan jualan, dan kakitangan dalam pembangunan produk.

 
  i.Pelan Kakitangan
 

Pelan Personel dalam pengurusan syarikat pengeluaran.

2013
2014
2015
Pengurus
R100,000
RM105,000
RM110,250
Juruteknik
RM40,800
RM42,840
RM44,982
Khidmat penghantaran barang
RM120,000
RM126,000
RM132,300
Lain
RM0
RM0
RM0
Jumlah Orang
10
10
10




Jumlah payrol
RM260,800
RM273,840
RM287,532

 
10. Rancangan Kewangan :

Kami menjangkakan untuk mengumpul RM200,000 modal sendiri, dan selebihnya daripada pinjaman geran dari Cradle Fund Sdn Bhd. Ini menyediakan pukal pembiayaan semasa yang dikehendaki.
 

i.Analisis Pulang Modal :
 

Analisis Pulang Modal ini adalah diasaskan purata tahun pertama dalam rajah untuk jumlah jualan dalam unit-unit, dan belanja operasi. Ini dibentangkan bagi setiap unit pendapatan, setiap unit belanja, dan kos tertentu. Andaian-andaian konservatif ini semakin menuju anggaran yang tepat pada risiko sebenar. Kami harus membuat pulangan modal pada bulan keempat operasinya apabila pertambahannya berterusan. 

Analisis Pulang Modal
 

Analisis pulangan modal pada penjualan produk.


Unit-unit Bulanan Pulang Modal
RM100,000
Pendapatan Bulanan Pulang Modal
RM200,000


Andaian-andaian:

Purata Setiap Unit Pendapatan
RM2000
Purata Setiap Unit Kos Berubah
RM1.00
Dianggarkan Kos Tetap Bulanan
RM40,343