Perniagaan yang dipilih :
Jimmy Choo Ltd (Perniagaan kasut dan bag tangan).
Nama Jimmy Choo sinonim dengan kasut yang eksklusif dan
bergaya. Beliau bukan sahaja seorang pereka kasut tetapi juga seorang tukang
membuat kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Beliau
mendapat ilham dan inspirasi rekaannya daripada alam semula jadi seperti pokok
dan bunga dan juga dari keadaan sekeliling seperti hiasan dalaman di
tempat-tempat yang dilawatinya.
Beliau sangat teliti dalam membentuk acuan
kasut yang terdiri daripada bahagian atas, tapak dan tumit bagi memastikan
kasut rekaannya seimbang supaya pemakai kasutnya berasa selesa dan selamat
walaupun mengenakan kasut bertumit tinggi. Jimmy Choo dilahirkan di Pulau
Pinang, Malaysia pada tahun 1961 dalam sebuah keluarga di mana, ayahnya
menjalankan perniagaan membuat kasut. Beliau mendapat pendedahan awal mengenai
teknik pembuatan kasut daripada ayahnya iaitu seorang tukang kasut sepenuh
masa.
Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan tamat
pembelajaran beliau pada tahun enam. Beliau menolong ayahnya dan berjaya
menghasilkan kasut pertama pada umur 11 tahun. Menyambung pengajian dalam
bidang pembuatan kasut dan fesyen di London. Pada tahun pertama, bapanya
menanggung pengajiannya tetapi untuk 3 tahun yang seterusnya, beliau melakukan
kerja secara separuh masa sebagai pencuci di restoran dan juga di kilang kasut
demi mencari sesuap nasi dan menampung pengajiannya. Selepas tamat pengajian,
beliau mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan
bekas hospital yang ditinggalkan.
Beliau mengharungi 4 tahun yang
mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Setelah empat tahun
bertungkus lumus, rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah
majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau
masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot.
Empat tahun berlalu apabila mendiang Puteri Diana
berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak
daripada hari itu, dia terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo dan
menyebabkan nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa. Pada tahun
1996, beliau mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor British
Vogue.
Pada April 2001, Choo menjual pegangan 50% dalam syarikat dengan harga
sebanyak £ 10 juta untuk menumpukan kerja-kerja yang dilakukan pada Jimmy Choo
Couture yang dihasilkan di bawah lesen daripada Jimmy Choo Ltd. Kini jenama
Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi
kegilaan artis dan selebriti di serata dunia. Sepasang kasut wanita dijual
sehingga mencecah beribu-ribu US dollar. Antara pelanggannya ialah Natalie
Imbruglia dan Katie Holmes.
Banyak orang terkenal memakai dan menempah kasut
beliau. Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem-filem terkenal seperti
The Devils Wear Prada kasut dipakai oleh Meryl Streep dan In Her Shoes kasut
digayakan oleh Cameron Diaz. Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem
terkenal Hollywood seperti The Devils Wear Prada Meryl Streep dan In Her Shoes
Cameron Diaz.
STAIL
PENGURUSAN
Datuk Jimmy Choo adalah pengurus atasan. Beliau
bertanggungjawab dalam membuat keputusan mengenai arah tuju syarikat beliau
iaitu Jimmy Choo Ltd. Beliau juga yang menubuhkan syarikat beliau sendiri dari
hasil titik peluhnya. Sebagai pereka kasut dan beg tangan, beliau juga perlu
memilih saluran komunikasi yang paling berkesan untuk memasarkan rekaan-rekaan
terbarunya.
Peranan Jimmy Choo dalam stail pengurusan syarikatnya boleh
ditafsirkan mengikut Mintzberg iaitu dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama,
dalam hubungan interpersonal iaitu sebagai ketua, pemimpin dan orang yang
berhubung dengan pihak luar. Sebagai ketua, Datuk Jimmy Choo perlu melaksanakan
tugas yang simbolik iaitu tugas-tugas yang bersifat sosial dan melayan
pelanggan.
Contohnya, Jimmy Choo melayan permintaan Puteri Diana secara
peribadi untuk mendapat rekaan kasut yang terbaik mengikut cita rasa Puteri
Diana. Oleh itu jugalah Jimmy Choo merupakan pereka kasut yang diminati oleh
Puteri Diana semasa hayatnya di atas stail pengurusan Jimmy Choo yang
berorientasikan pelanggan.
Kedua, Jimmy Choo juga bertindak sebagai pemberi maklumat
iaitu memantau dalam syarikatnya, sebagai penyebar dan jurucakap. Sebagai
penyebar, beliau perlu mengeluarkan memo mengenai keluaran-keluaran baru
butiknya, membuat promosi, menawarkan diskaun, memberi perkhidmatan yang
istimewa dan sebagainya bagi menarik minat pelanggan. Manakala sebagai
jurucakap pula, Jimmy Choo perlu mengeluarkan kenyataan di media-media sama ada
media massa, media cetak mahu pun media elektronik mengenai barang keluarannya.
Jika terdapat sebarang pertikaian mengenai barangannya juga, beliau perlu
mengadakan media konferensi untuk menyelesaikan konflik tersebut.
Sebagai
contoh, Datuk Jimmy Choo mendapat anugerah OBE iaitu “Order of the British
Empire” daripada Permaisuri England, Queen Elizabeth II. Dalam sebuah temu
ramah, Datuk Jimmy menceritakan dia membaca perutusan daripada Queen Elizabeth
untuk menerima anugerah tersebut sambil tangannya terketar ketar. Namun, hasil
kesungguhan beliau yang selama ini menubuhkan syarikatnya membuat beliau
berkeyakinan untuk menerima anugerah tersebut.
Ketiga, Jimmy Choo
merupakan pembuat keputusan di dalam butik atau syarikatnya. Beliau adalah
usahawan iaitu beliau perlu memikirkan apa yang terbaik untuk syarikatnya,
bagaimana untuk mendapatkan pelanggan yang ramai dan cara untuk menjaga kualiti
barangan rekaannya. Beliau juga bertindak sebagai penyelesai gangguan dalam
syarikat. Contohnya, jika ekonomi merosot beliau perlu memikirkan cara-cara
untuk mengatasinya. Beliau juga turut berperanan sebagai pengagih sumber iaitu
langkah-langkah untuk membelanjakan sumber ke arah mana sama ada ke bahagian
pemasaran atau pun bahagian pengurusan dan bahagian-bahagian lain.
Sebagai
pembuat keputusan, beliau turut mengambil peranan sebagai perunding. Beliau
perlu berunding dengan pihak-pihak luar mengenai cita rasa mereka untuk
menghasilkan rekaan yang terbaik. Beliau juga akan memberi pendapat beliau
kepada pelanggannya mengenai kasut yang sesuai dengan pelanggan tersebut.
Peranan Jimmy Choo sebagai perunding amat penting kepada pelanggannya untuk
mereka membuat keputusan.
CABARAN YANG DIHADAPI DALAM
MENGURUS SYARIKAT
Setiap perniagaan yang dimulakan mesti ada cabarannya dan
rintangannya sendiri. Begitu juga dengan syarikat Jimmy Choo sendiri. Banyak
cabaran dan dugaan yang terpaksa diharungi oleh Datuk Jimmy sebelum mencipta
kejayaan gemilang dalam bidang yang diceburinya. Permulaan kisah beliau bermula
apabila Jimmy Choo ingin meneruskan pelajaran di London selama empat tahun.
Selepas meyakini ayahnya, iaitu Kee Yin untuk membiayai yuran untuk tahun
pertama beliau belajar di London, beliau pun belajar dengan bersungguh-sungguh.
Kursus yang beliau ambil adalah selama empat tahun dan beliau perlu bekerja untuk
membiayai kehidupan dan yuran selama tiga tahun. Oleh itu, beliau pun bekerja
sambilan sebagai pencuci di sebuah restoran dan kilang kasut untuk membiayai
kehidupannya di sana.
Selepas tamat pengajian di London, Datuk Jimmy mencuba
untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang
ditinggalkan di Malaysia. Beliau mengharungi empat tahun yang mendukacitakan
kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Namun beliau tidak berputus asa dan
terus bertahan. Pada tahun keempat, salah satu rekaan Datuk Jimmy mendapat
liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo
mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan
media jualannya terus merosot, sehingga pada satu masa dia terpaksa hidup
dengan hanya memakan mi segera. Namun, selepas empat tahun berlalu, nasib
beliau berubah. Ditakdirkan mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan Jimmy
Choo lantas membelinya. Semenjak dari hari itu, Puteri Diana terus jatuh cinta
dengan rekaan Jimmy Choo.
Nama Jimmy Choo terus melonjak dan jualannya
menjulang ke langit. Kini Jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan
dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata
dunia.Pelbagai cabaran yang dilalui oleh Datuk Jimmy, namun berkat kesungguhan
beliau dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam mengejar cita-citanya
menyebabkan jenama Jimmy Choo terus gah sehingga sekarang. Terlalu banyak
cabaran yang dilalui walaupun amat susah, namun Jimmy Choo mempunyai semangat
yang sangat kuat untuk mengharunginya.
Oleh itu, setiap cabaran merupakan
sebuah langkah permulaan kepada kejayaan. Walaupun beliau mengecapi
kejayaan dan menikmati hidup yang mewah di London, namun hati beliau tetap di
Malaysia. Ini dapat dilihat ketika beliau berucap di majlis-majlis umum di mana
beliau sentiasa bercerita tentang Malaysia dengan penuh semangat. Malaysia
masih menjadi pilihan utamanya sebagai tempat percutian. Antara sebab-sebab
beliau memilih Malaysia adalah kerana keramahan masyarakat Malaysia sendiri dan
juga pantai-pantai di Pulau Langkawi yang cantik dan tidak tercemar serta alam
sekitarnya yang tenang.
Beliau juga pasti tidak melepaskan peluang untuk
menikmati juadah tempatan setiap kali beliau pulang ke tempat asalnya di Pulau
Pinang. Beliau juga gemar melawat Kuala Lumpur. Pada pandangannya, kota yang
sedang membangun dengan pesat ini mempunyai suasana yang penuh bertenaga serta
turut menawarkan barangan pada harga yang berpatutan.
Beliau boleh dianggap
sebagai duta Malaysia atas kejayaannya memperkenalkan nama Malaysia di dunia
fesyen serta sentimen patriotik yang sentiasa diluahkan nya ketika berucap
tentang negaranya. Secara berjenaka beliau pernah berkata, ingin dikenang
sebagai seorang dewa kasut seperti Wah Toi, seorang dewa kasut dalam masyarakat
Cina yang dipuja oleh Persatuan Pembuat Kasut Cina dari bahagian timur dunia.
Pada hakikatnya, beliau sudah dianggap sebagai seorang dewa kasut memandangkan
kasut rekaannya menjadi kegemaran pencinta-pencinta fesyen dan diiktiraf oleh
dunia fesyen sejagat. Baru-baru ini beliau bersama-sama duta makanan Malaysia,
Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan telah dianugerahkan
Anugerah Khas Kementerian Pelancongan kerana mempromosikan Malaysia di luar
negara.
Kedua-duanya menerima trofi daripada Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr
Ng Yen Yen di Anugerah Pelancongan Malaysia 2010 dan 2011 yang disaksikan Yang
di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong
Tuanku Haminah Hamidun. Beliau kini terlibat dalam projek untuk menubuhkan
sebuah institut pembuatan kasut di Malaysia, di mana status ikonik beliau
sering membangkitkan inspirasi kepada pembuat kasut tunas dan pereka fesyen.
Kejayaan Datuk Jimmy Choo
· Dianugerahkan dengan gelaran ‘Datuk’ oleh Sultan Pahang
atas kejayaannya dalam bidang fesyen.
· Mendapat anugerah gelaran ‘Profesor’ oleh University
of the Arts London atas sumbangannya dalam bidang fesyen.
·
Merupakan rakyat Malaysia pertama yang mendapat
anugerah “Order of the British Empire” OBE (Knighthood) oleh Permaisuri
England, Queen Elizabeth II pada tahun 2002.
·
Dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri daripada
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang juga membawa gelaran Dato’.
RUJUKAN